Mac 01, 2017

Jus Kesihatan Resveratrol

Assalamualaikum,Hai korang semua.

Entry sebelum ni saya dah share tentang peria katak sebagai penawar kencing manis. Siap payung resepi-resepi yang best lagi tau..Dah cuba belum resepi tu? Hehe

Alhamdulillah, si kecik tido awal. Part yang paling seronok kalo si manja tido awal, jadi umi ada lebih masa untuk menaip. Sebenarnye minggu ni sangat sibuk dan bila sibuk ni kesihatan pon terganggu. Tapi saya ni jenis kalo rasa tak sedap badan, memang akan cepat telan Vitamin C.

Dulu sebelum bersuami, saya memang orang yang tak suka makan supplement apa-apa. Tapi sejak ade suami dan anak, saya merasakan kesihatan tu sangat penting.

Korang mesti rase camtu gak kannn? Kite rasa penting untuk sihat sebab kalau kite sakit sape nak jaga dan urus anak. Jadi nak tak nak, memang kene ambil supplement.

Sebelum ini saya hanya makan Vita C Shaklee sahaja untuk protect saya dari demam. Pastu saya up sikit, makan B Complex Shaklee sebab selalu stress di tempat kerja. Pastu malam sebelum tido amik Ostematrix Shaklee untuk tidur yang lebih lena walaupon tak cukup tidur. Hihihi..ade anak kecik ni memang jangan harap lew nak cukup tido. Betul tak??

Tapi, bila dah amik 2-3 jenis supplement ni, kadang-kadang saya lupe dah nk makan yg mana. Jadi, kadang2 saya pon pikir, rasanye ade eloknye saya amik sejenis (1) je supplement yang boleh cover semua keperluan dalam badan bila saya lupa atau tak sempat makan yg berjenis-jenis tu.

Ape lagi, saya pon scroll down tengok ape produk Shaklee yang power untuk kesihatan menyeluruh. Maka di sini bertemulah jodoh dengan Jus Resveratrol Shaklee iaitu '.....VIVIX.....'.



Sebelum serius nak amik supplement Vivix ni, saya study dulu ape isi kandungan Vivix. Jom baca sesama ape bahan-bahan utama dalam Vivix.



1. Anggur Muscadine



Anggur ni bukan anggur biasa yang kite beli kat gerai buah atau pasaraya tu. Anggur ni special sangat. Ia tumbuh meliar dan saiznya sebesar biji bola golf. Hehehe..jadi nampaknye kalo nak makan anggur ni tak bolehlah sekali ngapppp jew kan. Nanti melekat pulak di tekak tu tak lepas2. Eerrr....

Anggur ni sebenarnya mengandungi 40 kali ganda polifenol yang dapat menghentikan bahan kimia penyebab kanser dari menyerang badan kite dan juga mampu menurunkan tahap gula dalam darah. Selain itu, anggur ni juga membantu melambatkan proses penuaan.

Yang paling best ialah, Anggur ni juga berfungsi sebagai antivirus dan anti bakteria. Wowwwww!!

Subhanallah, hebat kan anggur ni. Tumbuhan yang Allah jadikan sebagai penawar penyakit. 


2. Purple Carrot


Purple Carrot adalah merupakan sumber terbaik Vitamin A dan mengandungi pythochemical. Ia juga mengandungi anthocyanins iaitu antioksidan yang sangat berkesan dan mujarab. Ia bertindak sebagai anti radang, anti mikrob dan anti-carcinogen.

Carcinogen tu ape??

Carcinogen tu adalah 'cancer-causing agents' yang boleh mencetuskan pertumbuhan barah (kanser) dalam tisu hidup dalam badan kita. Ianya boleh menyebabkan gangguan dan ketidakstabilan pertumbuhan sel yang tidak terkawal.

Contoh-contoh karsinogen yang ketara adalah 'asbestos' dan 'asap rokok'. Selain itu, agen-agen radioaktif seperti sinaran radioaktif (yang mengandungi gelombang gama & alpha) juga boleh diklasifikasikan sebagai karsinogen. Sebab tu lah kita tak boleh terdedah kepada sinaran X-ray kerana merbahaya.

ha,jadinye kandungan khasiat yang terkandung di dalam purple carrot ini boleh bertindak sebagai penghalang kepada Carcinogen tersebut. Best kan..best kan??

Di samping itu, purple carrot ni juga mengandungi Asid Klorogenik yang boleh membantu mengurangkan paras gula dalam darah.  

3. European Elderberry



Elderberry telah lama digunakan dalam perubatan tradisional. Buah ini banyak tumbuh di kawasan Eropah, Amerika Utara, dan Benua Inggeris. Kandungan Vitamin C yang tinggi dalam Elderberry ini membuatkan ianya sangat bagus digunakan untuk merawat jangkitan (infection) daripada virus dan bakteria.

Selain itu, jus elderberry ini juga mampu untuk mencegah dan mengubati kanser, mampu meningkatkan sistem imunisasi tubuh badan manusia, berupaya menurunkan kadar kolesterol (baik untuk jantung), mengatasi dan merawat masalah diabetes, serta menyihatkan ginjal.


4. Polygonum Cuspidatum (Knotweed Jepun



Mak ai..cantiknye la bunga ni kan??hihi..

Tumbuhan ini berasal dari Asia. Knotweed Jepun ini adalah sumber komersial Resveratrol. Khasiat yang terdapat dalam tumbuhan ini boleh merendahkan paras kolesterol dalam darah, merendahkan tekanan darah, serta membantu dalam proses mengurangkan berat badan.

Namun, apa yang penting adalah khasiatnya yang juga mampu melambatkan proses penuaan. Sebab itu lah orang-orang Jepun kebanyakannya boleh hidup lebih lama berbanding dengan orang dari negara lain. Mungkin sebab mereka telah lama menggunakan tumbuhan ini untuk tujuan perubatan.

Ha,awet muda hokkay..sape tak nak kan..nmpak muda dari usia sebenar dan sihat pulakkkk tu.  

Bahan semula jadi ini bukan sahaja sebagai bahan asas dalam Vivix Shaklee, malah turut digunakan oleh pengamal-pengamal perubatan di seluruh dunia.

oleh sebab itu,saya tak ragu-ragu nak minum jus ni. Sebab ia dari tumbuhan semulajadi.

Sebarang pertanyaan lebih lanjut mengenai produk ini, boleh lah menghubungi saya 012 - 3603750

   
























Share:
Lokasi: Presint 15, Putrajaya, Malaysia

0 ulasan:

Catat Ulasan