“Aduhh..perut
ni buat hal lagii..minggu lepas dah buat hal dah..hari ni pun nak buat hal yang
sama ke..tak cukup2 ke hal hari tu..hari ni aku dah lah banyak hal nak kene
buat..”
(Situasi emosi terganggu bila perut sakit)
Assalamualaikum
& Salam Sejahtera
Hai
semua..Entry kali ini saya nk ceritakan mengenai kesihatan dalaman yang
berkaitan dengan Sistem Pencernaan dalam badan.
Pernah
tak korang alami sakit perut. Kalau sakit sikit2 tu boleh tahan lagi. Kalau yang
jenis memulas / meragam tu rasanya macam nakk je duduk dalam tandas tu
berjam-jam.
Kalau
hari cuti (Sabtu / Ahad / Cuti Umum) boleh lah nak buat macam tu di rumah.
Tapi, kalau di tempat kerja, maknanya 1 hari semua kerja dahh jadi tak bermaknaa..Betul
tak..Ape taknye, kalau seharian asyik berulang ke bilik kecil (a.k.a tandas) tu
je. Habis semua bende dah tak boleh buat.
Kesihatan Sistem
Pencernaan Mempengaruhi Kesihatan Badan
Sistem
pencernaan atau sistem penghadaman sangat penting dalam tubuh badan kita. Cuba
korang bayangkan kalau perut kita tak sihat. Bukan sahaja emosi diri sendiri
saja terganggu, malah habis semua orang sekeliling pun akan jadi mangsa
gangguan emosi.
Sebelum
tu, apakah organ2 dalam badan yang terlibat dengan sistem pencernaan.
·
Perut;
· Hati;
·
Pankreas;
·
Hempedu
(rembesan garam hempedu)
·
Usus
Kecil
·
Usus
Besar (kolon)
Jika
salah satu daripada organ2 di atas tak berfungsi dengan baik, maka ungkapan
yang biasa kita gunakan adalah ‘sakit perut’.
Antara
fungsi utama bagi sistem penghadaman adalah sebagai medan untuk membantu
penyerapan nutrien makanan serta membantu menyingkirkan toksik2 dan
mikroorganisma yang berbahaya yang terdapat dalam makanan.
Sistem
penghadaman juga digelar sebagai ‘otak kedua’ oleh pakar perubatan. Ini kerana sistem
ini mempunyai banyak sistem saraf yang memiliki lebih banyak neurotransmitter
berbanding otak. Jadinya, sistem ini sangat sensitif. Sekiranya terdapat makanan
yang rosak, itu lah yang menjadi punca kesakitan perut kerana makanan yang
rosak telah mengganggu sistem2 saraf tersebut.
Betul ke Ada Benda Hidup
dalam Usus??
Saluran
‘gastrointestinal’ (gastrousus / saluran usus) sebenarnya mengandungi lebih 100 trilion sel mikrob termasuk bacteria
sistem penghadaman yang kebanyakannya menghuni secara tetap di dalam usus besar
atau kolon.
Antara
pekerjaan tetap mikrob ini adalah untuk mengurai makanan bagi pencernaan.
Selain itu, ia juga menghasilkan bahan kimia yang secara tidak langsung
merangsang sel imun dalam badan dapat dihasilkan. Sel imun ini yang bertindak
untuk menghapuskan mikrob2 yang jahat yang terdapat dalam makanan.
Cuba
korang bayangkan kenapa haiwan boleh makan makanannya tanpa dimasak, Ini kerana
sistem penghadaman haiwan telah dicipta oleh Ilahi untuk bertindak lebih baik
bagi memusnahkan mikrob2 yang jahat. Maknanya, sistem penghadaman haiwan
mengandungi lebih banyak mikrob/bacteria berbanding manusia yang bertindak untuk
merangsang lebih banyak sel imun dalam badannya. Sebab tu lah kita kena masak
betul2 haiwan (ayam / lembu / kambing) sebelum dimakan.
Oleh
itu, sistem penghadaman ni perlu dijaga elok2. Pastikan makanan yang dimakan
dimasak dan masih berkeadaan baik. Elakkan daripada memakan makanan yang mentah
kerana secara tak langsung menambah lagi mikrob dalam usus yang boleh menambah
pencernaan makanan (makanan yang terlebih cerna akan menyebabkan cirit-birit).
Kegagalan
memantau kesihatan sistem penghadaman bukan sahaja menyebabkan ketidakselesaan,
bahkan menjurus kepada penyakit kronik (gastric) hingga mengancam nyawa.
‘Organ2
detoks’ yang terbina dalam badan kita seperti usus, hati, dan buah pinggang sememangnya
lengkap untuk menghapuskan toksin. Oleh itu, organ2 ini mesti dijaga untuk
berfungsi secara optimum.
Banyakkan Bersenam
Bagi
mengurangkan tekanan darah tinggi dan mengekalkan berat badan yang sihat,
kekerapan bersenam perlu dilakukan.
Korang
jangan ketepikan kepentingan pemakanan sayur dan buah-buahan kerana kajian
telah membuktikan sajian berserat tinggi ini mengurangkan risiko kanser kolon,
kencing manis, sakit jantung dan strok.
Selain
itu, amalan ini juga melancarkan proses penghadaman dan mencegah sembelit. Serat
menstabilkan tahap glukosa darah kerana ia memperlahankan penyerapan glukosa
dalam usus kecil.
Amalkan
juga pemakanan probiotik seperti yogurt atau minuman susu berkultur yang
mengandungi kultur ‘hidup dan aktif’ kerana ianya meningkatkan jumlah bacteria baik
yang membantu penghasilan sistem imun badan dan merangsang penghadaman yang
baik.
Herb-Lax Shaklee
Membantu Kesihatan Penghadaman
Herb- Lax
Herb-lax Shaklee lebih dikenali
sebagai ‘detox’. ‘Detox’ adalah proses untuk membersihkan usus daripada lemak
(kolesterol), toksik yang terdapat dalam
makanan, dan lendiran yang berlebihan. Semua sisa detox ini disingkirkan
melalui pembuangan air besar.
Herb-lax Shaklee mengandungi beberapa
bahan organic seperti berikut:-
·
Senna
Leaves
-
Merangsang
pembersihan yang baik pada usus serta mengurangkan penyerapan lemak.
·
Licorice
Root
-
Mempercepatkan
proses detoksifikasi
·
Buckhorn
bark
-
Memudahkan
pergerakan najis dalam usus
·
Fennel
Seeds
-
Mengeluarkan
toksin berlebihan dalam usus
·
Anise
Seeds
- Merangsang
perembesan jus asid perut untuk memudahkan penghadaman makanan
·
Blue
Malva Flower
-
Membantu
proses detoksifikasi
·
Rhubarb
Root
-
Berfungsi
seperti antibiotic
·
Culver’s
Root
-
Membantu
masalah lebihan air dalam badan atau asma
·
Alfalfa
Leaves
-
Membersihkan
darah, usus dan hati
Secara tak langsung, herb-lax hanya
mengandungi bahan-bahan organic sahaja dan tidak mengandungi bahan kimia
tambahan yang membahayakan.
Apakah Kebaikan Herb-Lax?
· Membantu
pembersihan najis secara baik. Membuang najis-najis yang melekat di dinding
usus
·
Membantu
masalah sembelit
·
Mengembalikan
keadaan semulajadi usus
Jadi,
macam mana nak dapatkan Herb-Lax Shaklee, hubungi saya 012-3603750.
0 ulasan:
Catat Ulasan