Februari 16, 2017

Peria Katak Penawar Kencing Manis





Peria oh peria, mengapa kau macam katak..
…Macam mana aku macam katak, ku..lit ku gerutu..kulit ku gerutu..
  
   (nukilan Lagu Bangau oh Bangau)


Assalamualaikum w.b.t.

Pernah tak korang lihat apa jenis sayur dalam gambar di atas. Yang pernah tengok mesti takde rasa apa-apa yang pelik. Tapi kalau yang jarang-jarang jumpa sayur ni, bolehlah ke kedai yang menjual sayur-sayuran atau pasar yang terdekat dengan rumah korang untuk melihat sendiri dengan lebih jelas rupa sayur ni.



Ye betul. ini lah namanya Peria Katak. Kalau mat salleh sebut sayur ni ‘bitter melon’. Tapi kalau nama saintifik dia pula adalah ‘Momordica Charantia’. Pokok Peria Katak banyak tumbuh di Asia Selatan, Asia Tenggara, China, dan Caribbean. Ia juga banyak ditanam di Amerika Selatan untuk makanan dan penghasilan ubatan.

Agaknyalah kan, kenapa orang dulu-dulu gelarkan sayur ni peria katak. Mungkin sebab rupanya yang menggerutu macam kulit Katak Puru kot (Eee..Geli u ollsss..). Tapi, kalau peria ni dipotong elok2 dan dimasak lemak pulak, dah jadi lain rasanya. 

Apa-apa pun rasa pahitnya tetap memecah ruangan mulut kalau dikunyah (Kalau yang jenis x suka telan ubat tu mesti x suka dengan rasa sayur peria ni).


Khasiat Peria Katak


Selalunya, orang tua-tua cakap, benda makanan yang jenis pahit ni penuh dengan khasiat untuk kesihatan. Lagi pahit rasa, lagi banyak khasiatnya. Jadi, Peria Katak ni pun sebenarnya mempunyai banyak khasiat (mungkin sebab rasa dia yang pahit kot). 

 Peria Katak banyak digunakan sebagai perubatan tradisional. Dalam perubatan Ayurveda India, Peria Katak sering dijadikan sebagai “Insulin Tumbuhan” yang mana digunakan untuk merawat kencing manis. 

Di Filipina, teh Peria Katak digunakan untuk merawat kencing manis dan kawalan gula dalam darah. Berdasarkan kajian, Peria Katak mengandungi sebatian seperti Insulin yang dikenali sebagai ‘Polypeptide P’ yang mana boleh dicadangkan sebagai pengganti Insulin bagi sesetengah penyakit Diabetes. 

Kandungan ‘Beta Carotena’ yang terdapat dalam Peria Katak sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan masalah mata dan penglihatan.


Pelbagai Resepi Peria Katak yang popular

a) Peria Katak Rangup diminati ramai

Cara-cara : 

4 biji peria katak dipotong nipis-nipis

Gaulkan dengan air 3 sudu besar tepung gandum,1 sudu besar tepung beras,1 sudu besar rempah kari daging,1/2 sudu kecil jintan manis & jintan putih & serbuk kulit kayu manis.

Last sekali masuk garam,campurkan peria tadi dalam adunan dan sedia menggoreng bersama minyak dengan api perlahan.


b) Peria Katak Masak Lemak Udang

Yang ni resepinye sama macam masak lemak udang tapi ditambah dengan peria yang dihiris sederhana.Sedap jugak masak camni sebab rasa manis udang tu ade pahit-pahit peria gituuuu.


c) Peria Katak Tumis Telur

Resepi ni best jugak sebab simple aje. Tumis bawang putih,bawang merah,pecahkan telur dan masukkan Peria Katak yang dah dipotong.Gaulkan semua dan sesuaikan rasa.


d) Sambal Udang Peria



Cara masaknye macam kite buat sambal udang. Tapi kite campurkan hirisan peria.Hiris biasa aje jangan halus sangat ok.Yang ni sedap jugak bagi sape yang suka makan pedas.Nyum Nyum


e) Kerabu Peria (ini favourite i olls..hehe)


Bahan-Bahan ini dihiris halus ye

1 biji bawang merah
2 biji cili besar
3 biji cili padi
1 kuntum bunga kantan
3 tangkai daun ketumbar
1 biji tomato potong dadu

1 biji peria yang sederhana besar - potong, buang tengah dan hiris halus. 
Rendam dalam air garam selama 1/2 jam 

300 gm udang - kupas kulit 
1/2 cawan dantan pekat 
2 sb kerisik 
1 biji limau nipis - ambil jusnya 

garam dan gula


Cara-cara: 


1. Basuh dan toskan buah peria kemudian celur dalam air mendidih selama 2 minit. Angkat dan toskan airnya. 

2. Udang yang telah dikupas kulit dibersihkan dan dicelur hingga masak. Angkat dan toskan airnya. 

3. Masukkan peria, udang, bahan hiris dan semua bahan lain ke dalam mangkuk dan digaul rata. Suaikan rasakan masam, masin dan manisnya. Kalau suka masam,perahkan sikit limau.

4. Jika suka boleh dicampur dengan sayuran lain seperti tauge dan sebagainya. udang juga boleh diganti dengan makanan laut yang lain seperti kerang.

5. Makan dengan nasi panas-panas.Fuyooo 4 pinggan abis.Hehe


VIVIX Shaklee Pengganti Peria Katak?


Dah tadi cerita pasal khasiat Peria Katak, lepas tu tiba-tiba je saya ni nak samakan fungsi si Vivix Shaklee dengan si Peria Katak ni. 

Kalau nak tahu, Peria Katak ni hanya membantu untuk menghasilkan insulin sahaja tetapi tidak melindungi Pankreas (organ yang menghasilkan insulin) daripada rosak.

Jadi,pengambilan Vivix Shaklee bukan sahaja membantu menghasilkan insulin sekaligus melindungi organ Pankreas. 





Rasa Vivix ni pula tidaklah sepahit seperti Peria Katak, malah rasa berry yang enak seperti jus terbaik. 

Sangat sesuai untuk orang-orang yang tak berapa suka rasa pahit dalam mulut dan orang yang tak suka makan sayur kategori peria and the geng (jering,petai dll)

Jadi, apa lagi cer pilih.

Nak Vivix ke Nak Peria Katak

Selamat Berfikir.Hehehe
Share:
Lokasi: Presint 15, Putrajaya, Malaysia

0 ulasan:

Catat Ulasan