April 08, 2017

Kesihatan Sistem Pencernaan

“Aduhh..perut ni buat hal lagii..minggu lepas dah buat hal dah..hari ni pun nak buat hal yang sama ke..tak cukup2 ke hal hari tu..hari ni aku dah lah banyak hal nak kene buat..”
(Situasi emosi terganggu bila perut sakit)

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Hai semua..Entry kali ini saya nk ceritakan mengenai kesihatan dalaman yang berkaitan dengan Sistem Pencernaan dalam badan.

Pernah tak korang alami sakit perut. Kalau sakit sikit2 tu boleh tahan lagi. Kalau yang jenis memulas / meragam tu rasanya macam nakk je duduk dalam tandas tu berjam-jam.

Kalau hari cuti (Sabtu / Ahad / Cuti Umum) boleh lah nak buat macam tu di rumah. Tapi, kalau di tempat kerja, maknanya 1 hari semua kerja dahh jadi tak bermaknaa..Betul tak..Ape taknye, kalau seharian asyik berulang ke bilik kecil (a.k.a tandas) tu je. Habis semua bende dah tak boleh buat.

Kesihatan Sistem Pencernaan Mempengaruhi Kesihatan Badan


Sistem pencernaan atau sistem penghadaman sangat penting dalam tubuh badan kita. Cuba korang bayangkan kalau perut kita tak sihat. Bukan sahaja emosi diri sendiri saja terganggu, malah habis semua orang sekeliling pun akan jadi mangsa gangguan emosi.
Sebelum tu, apakah organ2 dalam badan yang terlibat dengan sistem pencernaan.
·         Perut;
·         Hati;
·         Pankreas;

·         Hempedu (rembesan garam hempedu)
·         Usus Kecil
·         Usus Besar (kolon)

Jika salah satu daripada organ2 di atas tak berfungsi dengan baik, maka ungkapan yang biasa kita gunakan adalah ‘sakit perut’.

Antara fungsi utama bagi sistem penghadaman adalah sebagai medan untuk membantu penyerapan nutrien makanan serta membantu menyingkirkan toksik2 dan mikroorganisma yang berbahaya yang terdapat dalam makanan. 

Sistem penghadaman juga digelar sebagai ‘otak kedua’ oleh pakar perubatan. Ini kerana sistem ini mempunyai banyak sistem saraf yang memiliki lebih banyak neurotransmitter berbanding otak. Jadinya, sistem ini sangat sensitif. Sekiranya terdapat makanan yang rosak, itu lah yang menjadi punca kesakitan perut kerana makanan yang rosak telah mengganggu sistem2 saraf tersebut.

Betul ke Ada Benda Hidup dalam Usus??

Saluran ‘gastrointestinal’ (gastrousus / saluran usus) sebenarnya mengandungi  lebih 100 trilion sel mikrob termasuk bacteria sistem penghadaman yang kebanyakannya menghuni secara tetap di dalam usus besar atau kolon.

Antara pekerjaan tetap mikrob ini adalah untuk mengurai makanan bagi pencernaan. Selain itu, ia juga menghasilkan bahan kimia yang secara tidak langsung merangsang sel imun dalam badan dapat dihasilkan. Sel imun ini yang bertindak untuk menghapuskan mikrob2 yang jahat yang terdapat dalam makanan.

Cuba korang bayangkan kenapa haiwan boleh makan makanannya tanpa dimasak, Ini kerana sistem penghadaman haiwan telah dicipta oleh Ilahi untuk bertindak lebih baik bagi memusnahkan mikrob2 yang jahat. Maknanya, sistem penghadaman haiwan mengandungi lebih banyak mikrob/bacteria berbanding manusia yang bertindak untuk merangsang lebih banyak sel imun dalam badannya. Sebab tu lah kita kena masak betul2 haiwan (ayam / lembu / kambing) sebelum dimakan.

Oleh itu, sistem penghadaman ni perlu dijaga elok2. Pastikan makanan yang dimakan dimasak dan masih berkeadaan baik. Elakkan daripada memakan makanan yang mentah kerana secara tak langsung menambah lagi mikrob dalam usus yang boleh menambah pencernaan makanan (makanan yang terlebih cerna akan menyebabkan cirit-birit).

Kegagalan memantau kesihatan sistem penghadaman bukan sahaja menyebabkan ketidakselesaan, bahkan menjurus kepada penyakit kronik (gastric) hingga mengancam nyawa.

‘Organ2 detoks’ yang terbina dalam badan kita seperti usus, hati, dan buah pinggang sememangnya lengkap untuk menghapuskan toksin. Oleh itu, organ2 ini mesti dijaga untuk berfungsi secara optimum.

Banyakkan Bersenam

Bagi mengurangkan tekanan darah tinggi dan mengekalkan berat badan yang sihat, kekerapan bersenam perlu dilakukan.

Korang jangan ketepikan kepentingan pemakanan sayur dan buah-buahan kerana kajian telah membuktikan sajian berserat tinggi ini mengurangkan risiko kanser kolon, kencing manis, sakit jantung dan strok.

Selain itu, amalan ini juga melancarkan proses penghadaman dan mencegah sembelit. Serat menstabilkan tahap glukosa darah kerana ia memperlahankan penyerapan glukosa dalam usus kecil.

Amalkan juga pemakanan probiotik seperti yogurt atau minuman susu berkultur yang mengandungi kultur ‘hidup dan aktif’ kerana ianya meningkatkan jumlah bacteria baik yang membantu penghasilan sistem imun badan dan merangsang penghadaman yang baik.  


Herb-Lax Shaklee Membantu Kesihatan Penghadaman


                                                                         Herb- Lax


Herb-lax Shaklee lebih dikenali sebagai ‘detox’. ‘Detox’ adalah proses untuk membersihkan usus daripada lemak (kolesterol), toksik  yang terdapat dalam makanan, dan lendiran yang berlebihan. Semua sisa detox ini disingkirkan melalui pembuangan air besar.
Herb-lax Shaklee mengandungi beberapa bahan organic seperti berikut:-
·         Senna Leaves
-       Merangsang pembersihan yang baik pada usus serta mengurangkan penyerapan lemak.

·         Licorice Root
-       Mempercepatkan proses detoksifikasi

·         Buckhorn bark
-       Memudahkan pergerakan najis dalam usus

·         Fennel Seeds
-       Mengeluarkan toksin berlebihan dalam usus

·         Anise Seeds
-  Merangsang perembesan jus asid perut untuk memudahkan penghadaman makanan

·         Blue Malva Flower
-       Membantu proses detoksifikasi

·         Rhubarb Root
-       Berfungsi seperti antibiotic

·         Culver’s Root
-       Membantu masalah lebihan air dalam badan atau asma

·         Alfalfa Leaves
-       Membersihkan darah, usus dan hati

Secara tak langsung, herb-lax hanya mengandungi bahan-bahan organic sahaja dan tidak mengandungi bahan kimia tambahan yang membahayakan.

Apakah Kebaikan Herb-Lax?

·     Membantu pembersihan najis secara baik. Membuang najis-najis yang melekat di dinding usus
·         Membantu masalah sembelit
·         Mengembalikan keadaan semulajadi usus


Jadi, macam mana nak dapatkan Herb-Lax Shaklee, hubungi saya 012-3603750.

INFO : SHAKLEE PUTRAJAYA TERBAIK

Untuk mendapatkan info terkini mengenai:- 
i) Produk Shaklee;
ii) Info kesihatan;
iii) Masalah kesihatan wanita & anak-anak;

Sila hubungi/whatssapp nombor di bawah seperti berikut:-  


Atau, layari page facebook 'fatihashaklee' seperti berikut:-



Selain itu, boleh juga untuk mengajukan sebarang pertanyaan Shaklee ke akaun facebook seperti berikut:-