Mac 07, 2017

Kempen Kesihatan #SuperStar Shaklee : Menjaga Kesihatan atau Insurans,mane lebih penting?

Beli insurans atau jaga kesihatan,mana lagi penting




Hai semua, Untuk entry kali ini saya menyahut cabaran team #SuperStar Shaklee untuk mengajak lebih ramai orang menyedari tentang pentingnya kesihatan.

Antara insurans dan menjaga kesihatan,mane yang korang pilih?hehehe..

Sebenarnye bagi saya kedua-duanya adalah penting sebab saya juga dilindungi Insurans AIA Public Takaful Pakej Family..wah gituuu

Tapi sebenarnya,paling penting adalah untuk menjaga kesihatan.Paling penting adalah untuk mencegah penyakit datang hinggap kat kite. Kenapa?

Sebab untuk menjalani kehidupan yang normal dan untuk keluar mencari rezeki kepada keluarga,semuanya bermula dengan kesihatan yang baik.

Bayangkan kalau ada ahli keluarga kita yang sakit,contohnya suami sakit atau anak sakit atau diri kita sendiri yang sakit,aktiviti harian kita terganggu.Kita mungkin sering ambil cuti  kerana sakit atau menjaga orang sakit.

Hmm..kalau selalu ambil cuti tu,confirm-confirm la terganggu tugasan kita di tempat kerja kan.Tak pasal-pasal kene warning sebab selalu ambil cuti kan??

Oleh sebab itu,walaupon saya dilindungi insurans,saya tetap pastikan kesihatan saya, anak dan suami di tahap yang terbaik.

Okay,kat bawah ni tips dari saya untuk menjaga kesihatan seisi keluarga


1) Pastikan Minum Air yang secukupnya setiap hari

              Minum air pada waktunya dapat memaksimumkan keberkesanannya ke atas tubuh manusia

·         Satu gelas air setelah bangun dari tidur membantu mengaktifkan organ dalam.
·         Satu gelas 30 minit sebelum waktu makan membantu dalam penghadaman makanan.
·         Satu gelas sebelum mandi membantu menurunkan tekanan darah.
·         Satu gelas sebelum tidur mengelakkan strok atau serangan jantung.

Kira-kira 90% daripada serangan jantung berlaku di awal pagi, risiko boleh dikurangkan jika minum segelas dua air sebelum tidur


2)       Makan jangan berlebihan

Haaa bab ni penting sebab segala penyakit bermula dari cara pemakanan kita.Lebihkan buah-buhan dan sayuran dalam kuantiti makanan.

Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) kata kena makan 5 hidangan sehari untuk mendapat kesihatan yang baik. 5 hidangan bersamaan sebiji epal bersaiz sederhana dan 3 sudu sayur atau lain-lain yang setara.


3)       Bersenam



Bersenam sekurang-kurangnya 3 kali setiap minggu dan 1 jam setiap sesi. Bersenam ini membuatkan peraliran darah kita normal dan mengurangkan stress.

Ibu-ibu berkerjaya kebanyakan tidak mempunyai masa untuk bersenam.Macam saya lewwteww..hihi. Jangan risau,buat kerja-kerja dirumah seperti mengemas dan mengemop rumah pon adalah satu senaman.Tapi pastikan buat kerja-kerja rumah tu sehingga mengeluarkan peluh ye.


4)       Mengambil supplement


Saya selalunya akan pastikan supplement asas seperti Vitamin C, B complex, Vivix dan Mealshake ada stok dirumah. Sebab ini adalah antara vitamin yang saya , suami dan anak akan makan.




Anak saya baru berumur 1 tahun 7 bulan, saya campurkan Mealshake dalam susunya. Hanya 1 kali sehari untuk pastikan makanan si manja ada vitamin dan berkhasiat. Kesihatan terjaga,jimat pon jimat kan??hehehe












5)       Pastikan rumah sentiasa bersih



Saya ni memang jenis tidak boleh nampak habuk.Jadi dalam 1 minggu,2 kali saya kan vacuum dan mengelap habuk. Tapi kalo terlalu sibuk,saya lakukan pada hujung minggu dan pastikan rumah dimop dengan Basic H untuk menghilangkan bakteria.

Bab habuk ni saya sangat particular kerana anak masih kecil dan jenis suka berguling-guling di lantai. Kadang-kadang dia suka jilat lantai,jilat sofa..hahahaha.Penin tau, takleh nak control selalu.


Okay,setel dah tips penting yang saya selalu buat untuk jaga kesihatan.

Ada yang jenis tak suka makan supplement kan??Hmm apesal supplement ni penting kalo nak jaga kesihatan?

Awak-awak semua,sekarang ni ape yang kita makan tu pasti ke berkhasiat. Contohye makan sup sayur 10 mangkuk sehari nak bagi kesihatan terjamin. HEHEHE..awak pasti ke sayur tu berkhasiat?dan kalo makan,semua zat-zat tu diserap 100 peratus ke?

Inilah sebab utama kite kene makan supplement untuk jaga kesihatan. Sebab tak semua zat dari makanan diserap ke dalam badan dan kite pon tak rajin nak memikirkan vitamin ape dalam sayur dan buah yang kite makan tu kan.

Nak makan supplement pon kena pandai pilih tauu..tau..jom baca tips pemilihan supplement.


Tips Pemilihan Supplement


1)       Pilih produk semulajadi dan selamat. Korang boleh google dan search pasal kandungan bahan dalam supplement yang korang nak makan tu. Kalau nampak ade bahan pelik-pelik tu, sila reject produk tersebut.


2)       Syarikat yang mengeluarkan produk tersebut adakah diktiraf oleh badan kesihatan. Boleh tengok konsep yang dibawakan oleh syarikat tersebut.Ade tak menekankan Green Environment.


3)       Pilih produk yang mempunyai ujian klinikal bukan bergantung pada testimonial semata-mata. Haaaaaaa,ini penting ye kakak-kakak..sebab tak semua supplement tu serasi dengan badan kita.


4)       Produk yang mempunyai Landmark Study . Haaa ini macam Shaklee ni. Ade Landmark Study dari pihak ketiga yang tidak ada kene mengena dengan Shaklee.


Okay,sampai di sini sahaja dulu ye.

Jadi mane yang lagi penting pada anda?Insurans ke nak jaga kesihatan? Dah ade jawapan kan..kan..kan..

Geng yang suka makan sayur ni ade ke yang suka makan peria katak. Haaa kat sini saya share kan link resepinya 

https://umisihat.blogspot.my/2017/02/peria-katak-vivix-shaklee.html






Mac 01, 2017

Jus Kesihatan Resveratrol

Assalamualaikum,Hai korang semua.

Entry sebelum ni saya dah share tentang peria katak sebagai penawar kencing manis. Siap payung resepi-resepi yang best lagi tau..Dah cuba belum resepi tu? Hehe

Alhamdulillah, si kecik tido awal. Part yang paling seronok kalo si manja tido awal, jadi umi ada lebih masa untuk menaip. Sebenarnye minggu ni sangat sibuk dan bila sibuk ni kesihatan pon terganggu. Tapi saya ni jenis kalo rasa tak sedap badan, memang akan cepat telan Vitamin C.

Dulu sebelum bersuami, saya memang orang yang tak suka makan supplement apa-apa. Tapi sejak ade suami dan anak, saya merasakan kesihatan tu sangat penting.

Korang mesti rase camtu gak kannn? Kite rasa penting untuk sihat sebab kalau kite sakit sape nak jaga dan urus anak. Jadi nak tak nak, memang kene ambil supplement.

Sebelum ini saya hanya makan Vita C Shaklee sahaja untuk protect saya dari demam. Pastu saya up sikit, makan B Complex Shaklee sebab selalu stress di tempat kerja. Pastu malam sebelum tido amik Ostematrix Shaklee untuk tidur yang lebih lena walaupon tak cukup tidur. Hihihi..ade anak kecik ni memang jangan harap lew nak cukup tido. Betul tak??

Tapi, bila dah amik 2-3 jenis supplement ni, kadang-kadang saya lupe dah nk makan yg mana. Jadi, kadang2 saya pon pikir, rasanye ade eloknye saya amik sejenis (1) je supplement yang boleh cover semua keperluan dalam badan bila saya lupa atau tak sempat makan yg berjenis-jenis tu.

Ape lagi, saya pon scroll down tengok ape produk Shaklee yang power untuk kesihatan menyeluruh. Maka di sini bertemulah jodoh dengan Jus Resveratrol Shaklee iaitu '.....VIVIX.....'.



Sebelum serius nak amik supplement Vivix ni, saya study dulu ape isi kandungan Vivix. Jom baca sesama ape bahan-bahan utama dalam Vivix.



1. Anggur Muscadine



Anggur ni bukan anggur biasa yang kite beli kat gerai buah atau pasaraya tu. Anggur ni special sangat. Ia tumbuh meliar dan saiznya sebesar biji bola golf. Hehehe..jadi nampaknye kalo nak makan anggur ni tak bolehlah sekali ngapppp jew kan. Nanti melekat pulak di tekak tu tak lepas2. Eerrr....

Anggur ni sebenarnya mengandungi 40 kali ganda polifenol yang dapat menghentikan bahan kimia penyebab kanser dari menyerang badan kite dan juga mampu menurunkan tahap gula dalam darah. Selain itu, anggur ni juga membantu melambatkan proses penuaan.

Yang paling best ialah, Anggur ni juga berfungsi sebagai antivirus dan anti bakteria. Wowwwww!!

Subhanallah, hebat kan anggur ni. Tumbuhan yang Allah jadikan sebagai penawar penyakit. 


2. Purple Carrot


Purple Carrot adalah merupakan sumber terbaik Vitamin A dan mengandungi pythochemical. Ia juga mengandungi anthocyanins iaitu antioksidan yang sangat berkesan dan mujarab. Ia bertindak sebagai anti radang, anti mikrob dan anti-carcinogen.

Carcinogen tu ape??

Carcinogen tu adalah 'cancer-causing agents' yang boleh mencetuskan pertumbuhan barah (kanser) dalam tisu hidup dalam badan kita. Ianya boleh menyebabkan gangguan dan ketidakstabilan pertumbuhan sel yang tidak terkawal.

Contoh-contoh karsinogen yang ketara adalah 'asbestos' dan 'asap rokok'. Selain itu, agen-agen radioaktif seperti sinaran radioaktif (yang mengandungi gelombang gama & alpha) juga boleh diklasifikasikan sebagai karsinogen. Sebab tu lah kita tak boleh terdedah kepada sinaran X-ray kerana merbahaya.

ha,jadinye kandungan khasiat yang terkandung di dalam purple carrot ini boleh bertindak sebagai penghalang kepada Carcinogen tersebut. Best kan..best kan??

Di samping itu, purple carrot ni juga mengandungi Asid Klorogenik yang boleh membantu mengurangkan paras gula dalam darah.  

3. European Elderberry



Elderberry telah lama digunakan dalam perubatan tradisional. Buah ini banyak tumbuh di kawasan Eropah, Amerika Utara, dan Benua Inggeris. Kandungan Vitamin C yang tinggi dalam Elderberry ini membuatkan ianya sangat bagus digunakan untuk merawat jangkitan (infection) daripada virus dan bakteria.

Selain itu, jus elderberry ini juga mampu untuk mencegah dan mengubati kanser, mampu meningkatkan sistem imunisasi tubuh badan manusia, berupaya menurunkan kadar kolesterol (baik untuk jantung), mengatasi dan merawat masalah diabetes, serta menyihatkan ginjal.


4. Polygonum Cuspidatum (Knotweed Jepun



Mak ai..cantiknye la bunga ni kan??hihi..

Tumbuhan ini berasal dari Asia. Knotweed Jepun ini adalah sumber komersial Resveratrol. Khasiat yang terdapat dalam tumbuhan ini boleh merendahkan paras kolesterol dalam darah, merendahkan tekanan darah, serta membantu dalam proses mengurangkan berat badan.

Namun, apa yang penting adalah khasiatnya yang juga mampu melambatkan proses penuaan. Sebab itu lah orang-orang Jepun kebanyakannya boleh hidup lebih lama berbanding dengan orang dari negara lain. Mungkin sebab mereka telah lama menggunakan tumbuhan ini untuk tujuan perubatan.

Ha,awet muda hokkay..sape tak nak kan..nmpak muda dari usia sebenar dan sihat pulakkkk tu.  

Bahan semula jadi ini bukan sahaja sebagai bahan asas dalam Vivix Shaklee, malah turut digunakan oleh pengamal-pengamal perubatan di seluruh dunia.

oleh sebab itu,saya tak ragu-ragu nak minum jus ni. Sebab ia dari tumbuhan semulajadi.

Sebarang pertanyaan lebih lanjut mengenai produk ini, boleh lah menghubungi saya 012 - 3603750